Negara-negara penguji Ujian_senjata_nuklear

Negara-negara pengeluar senjata nuklear telah melakukan lebih daripada 2,000 ujian letupan (kiraan adalah lebih kurang termasuk ujian yang dipertikaikan hasilnya):

  • Amerika Syarikat: 1,054 uian secara rasminya (melibatkan 1,149 alat) - 219 jenis atmosfera seperti yang ditakrifkan CTBT termasuk 904 di Tapak Ujian Nevada, 106 ujian di kawasan-kawasan sekitar lautan Pasifik, 3 di Lautan Atlantik Selatan, dan 17 ujian lain di Amchitka di negeri-negeri Alaska, Colorado, Mississippi, New Mexico dan Nevada di luar NNSS. 24 tests are classified as British tests held at the NTS. 88 daripada ujian ini merupakan eksperiman keselamatan manakala 4 daripadanya merupakan ujian pengangkutan/penyimpanan.[3]  Aktiviti-aktiviti letupan ini dirakam sebagai bahan bukti yang kemudiannya dijadikan rujukan untuk simulasi komputer letupan akan datang.[4]
  • Kesatuan Soviet: 715 ujian (melibatkan 969 alat) secara rasminya, dengan 13 ujian gagal[5][6] - dilakukan di Kawasan Ujian Selatan di Tapak Ujian Semipalatinsk dan Kawasan Ujian Selatan di Novaya Zemlya. Ini juga termasuk ujian-ujian roket dan peletupan bertujuan aman di pelbagai lokasi di Rusia, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Ukraine.
  • United Kingdom: 45 buah (21 di kawasan Australia termasuk 3 di kepulauan Montebello, 9 di tanah besar Australia Selatan di Maralinga dan Emu Field, sebahagian ujian di Pulau Kiritimati di Lautan Pasifik, serta 24 ujian bersama Amerika Syarikat di Nevada)[7] 43 ujian keselamatan, siri Vixen, tidak termasuk dalam kiraan ini.
  • Perancis: 210 ujian secara rasminya (50 jenis atomsfera, 160 jenis bawah tanah[8]) - 4 jenis atmosfera berdekatan Reggane, 13 jenis bawah tanah berdekatan In Ekker di gurun Sahara Algeria (ketika masih dijajah Perancis) serta ujian-ujian jenis atmosfera dan bawah tanah di kawasan atol-atol Fangataufa dan Moruroa, Polinesia Perancis. 4 daripada 13 letupan yang berlaku di In Ekker bertujuan baik sebagai sebahagian daripada projek "Penggunaan Selamat Eksperimen Nuklear" (Application pacifique des expérimentations nucléaires, APEX) CET yang diberi pelbagai nama.
  • China: 45 ujian (23 jenis atmosfera dan 22 jensi bawah tanah), di Tapak Ujian Senjata Nuklear Lop Nur, Malan, Xinjiang.[9]
  • India: 6 letupan bawah tanah (sejak tahun 1974), di Pokhran.
  • Pakistan: 6 letupan bawah tanah di bukit-bukau Ras Koh dan Wilayah Chagai.[10]
  • Korea Utara: satu-satunya negara di dunia yang masih menguji senjata nuklear mereka, sehingga menyebabkan ketegangan hubungan dengan Amerika Syarikat. Ujian nuklear yang terkini dilakukan negara ini pada 3 September 2017.